Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pentaksiran

Pentaksiran merupakan perkara yang dilakukan oleh seseorang umumnya guru untuk mendapatkan keputusan bagi mengukur tahap pencapaian pelajar. Langkah-langkah pentaksiran. •          Menetapkan objektif ujian yang akan ditadbirkan •          Menentukan isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji •          Menetapkan taksonomi ujian •          Menggubal Jadual Spesifikasi Ujian •          Menubuhkan alat uji. Objektif ujian •          Setiap ujian yang ditadbirkan ada objektifnya; •          Objektif ujian akan menentukan: –         Jenis ujian yang akan dibina •          Ujian pencapaian, ujian bakat, ujian diagnostik dan lain-lain. –         Alat uji yang akan digubal •          Item soalan, pemerhatian, senarai semak dan lain-lain. –         Darjah kesukaran ujian Untuk mentaksir pelajar dengan menggunakan soalan, guru perlulah tahu untuk menggunakan taksonomi bloom. Kemahiran menggunakan aras taksonomi bloom berkait dengan merangka jadual spesifik
Catatan terbaharu

Instrumen pentaksiran dalam bahasa melayu

Instrumen pentaksiran dalam bahasa melayu Alat yang dibina oleh guru untuk mentaksir strategi pentaksiran berdasarkan objektif pembelajaran murid. Tujuannya adalah untuk -        -  Memungut maklumat yang dapat menggambarkan kemajuan pengajaran dan pembelajaran pada masa itu; -     -  Memantau kemajuan murid ke arah pencapaian hasil pembelajaran  akhir (year-end learning outcome). Alat pentaksiran –      Anekdot –      Portfolio –      Rubrik –      Senarai semak –      Skala –      Soalan Untuk mentaksir pelajar, guru perlulah mempunyai satu rubrik untuk menilai prestasi pelajar dalam aspek yang tertentu. Rubrik Satu set kriteria skor yang digunakan untuk menilai prestasi tugasan pelajar dalam kemahiran: •       Mendengar •       Bertutur •       Membaca •       Manulis Ciri skor rubrik •       Pentaksir (penilai/guru) mampu mentafsirnya dengan baik •       Membantu pentaksir merancang memperbaiki kelemahan pelajar •       Membantu

Pentaksiran kepada Pembelajaran (Assessment of Learning)

Penilaian kepada pembelajaran adalah penggunaan tugas atau kegiatan untuk mengukur, dan melaporkan tahap pencapaian pelajar berkenaan dengan jangkaan pembelajaran tertentu. Ini sering dikenali sebagai penilaian summatif. Hal ini dikatakan demikian kerana pentaksiran kepada pembelajaran ini diukur secara keseluruhan subjek. Guru akan mentaksir pelajar dengan secara peperiksaan. Guru akan menyediakan soalan-soalan tentang semua topik yang diajar bagi sesuatu subjek. Pentaksiran kepada pembelajaran ini menggunakan gred sebagai contoh gred A=cemerlang. Rubrik permarkahan juga digunakan untuk melakukan pentaksiran kepada pembelajaran. Melalui peperiksaan yang dijalankan guru mampu mengasingkan murid-murid melalui markah mereka peroleh. Oleh itu, pelajar akan diberi gred mengikut markah yang murid perolehi. Markah itu berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid untuk menjawab soalan peperiksaan. Kesimpulannya, guru mampu memberikan penumpuan yang berbeza kepada mur

Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)

Pentaksiran sebagai pembelajaran ini menggunakan aktiviti atau latihan untuk mengukur keupayaan murid. Namun begitu, pentaksiran sebagai pembelajaran ini dilakukan sendiri oleh murid. Penilaian sendiri dan rakan sebaya membolehkan murid mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada di dalam diri. Tujuan pentaksiran sebagai pembelajaran ialah memberikan pelajar ruang dan meningkatkan autonomi murid untuk memperbaiki diri secara sendiri kerana mereka perlu menetapkan matlamat sendiri dan perkara yang ingin dicapai. Pentaksiran ini boleh dikatakan formatif kerana mengukur sesuatu itu secara terus dan spesifik dalam sesuatu perkara bukannya menilai secara keseluruhan topik. Peranan guru -        Berfungsi sebagai pemudah cara kepada murid. -        Membantu pelajar membina matlamat. Peranan murid. -        Membina objektif atau matlamat sendiri yang ingin dicapai. -        Menggunakan strategi sendiri untuk menguasai sesuatu perkara. -        Menilai pencapaian sendiri.

Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning (AoL))

Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan. Melalui pentaksiran ini, murid akan menerima maklum balas bagi mempertingkatkan lagi pembelajaran. Selain itu, guru juga akan dapat tahu cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran pelajar. Pentaksiran ini perlu dilakukan supaya guru dapat membantu murid dalam pembelajaran. Guru juga perlu berkongsi matlamat pembelajaran bersama murid supaya mereka tahu tentang perkara yang ingin mereka capai pada waktu tersebut. Guru juga perlu bantu murid untuk faham tentang perkara yang mereka belajar. Kriteria kejayaan digunakan untuk megetahui bahawa pelajar sudah mencapai matlamat atau tidak. Hal ini penting untuk guru mendapat maklum balas daripada murid. Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran 1.    Untuk mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar. 2.     Untuk memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pen

Pengenalan pentaksiran.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas merupakan proses penyampaian ilmu daripada guru kepada murid. Sebagai seorang guru, pentaksiran terhadap murid perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana pentaksiran mampu untuk memberi maklum balas kepada guru tahap kefahaman pelajar tentang sesuatu yang disampaikan. Menurut Azizi (2010), pentaksiran terhadap pembelajaran digunakan untuk mentaksir sama ada murid boleh mengaplikasikan konsep, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan hasil kurikulum. Berikut merupakan jenis pentaksiran dalam pembelajaran i.                     Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning) ii.                   Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as Learning) iii.                 Pentaksiran terhadap pembelajaran (Assessment of Learning) Kesimpulannya, pentaksiran merupakan perkara penting untuk seorang guru melakukannya di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui pent