Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Pentaksiran kepada Pembelajaran (Assessment of Learning)

Penilaian kepada pembelajaran adalah penggunaan tugas atau kegiatan untuk mengukur, dan melaporkan tahap pencapaian pelajar berkenaan dengan jangkaan pembelajaran tertentu. Ini sering dikenali sebagai penilaian summatif. Hal ini dikatakan demikian kerana pentaksiran kepada pembelajaran ini diukur secara keseluruhan subjek. Guru akan mentaksir pelajar dengan secara peperiksaan. Guru akan menyediakan soalan-soalan tentang semua topik yang diajar bagi sesuatu subjek. Pentaksiran kepada pembelajaran ini menggunakan gred sebagai contoh gred A=cemerlang. Rubrik permarkahan juga digunakan untuk melakukan pentaksiran kepada pembelajaran. Melalui peperiksaan yang dijalankan guru mampu mengasingkan murid-murid melalui markah mereka peroleh. Oleh itu, pelajar akan diberi gred mengikut markah yang murid perolehi. Markah itu berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid untuk menjawab soalan peperiksaan. Kesimpulannya, guru mampu memberikan penumpuan yang berbeza kepada mur

Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)

Pentaksiran sebagai pembelajaran ini menggunakan aktiviti atau latihan untuk mengukur keupayaan murid. Namun begitu, pentaksiran sebagai pembelajaran ini dilakukan sendiri oleh murid. Penilaian sendiri dan rakan sebaya membolehkan murid mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada di dalam diri. Tujuan pentaksiran sebagai pembelajaran ialah memberikan pelajar ruang dan meningkatkan autonomi murid untuk memperbaiki diri secara sendiri kerana mereka perlu menetapkan matlamat sendiri dan perkara yang ingin dicapai. Pentaksiran ini boleh dikatakan formatif kerana mengukur sesuatu itu secara terus dan spesifik dalam sesuatu perkara bukannya menilai secara keseluruhan topik. Peranan guru -        Berfungsi sebagai pemudah cara kepada murid. -        Membantu pelajar membina matlamat. Peranan murid. -        Membina objektif atau matlamat sendiri yang ingin dicapai. -        Menggunakan strategi sendiri untuk menguasai sesuatu perkara. -        Menilai pencapaian sendiri.

Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning (AoL))

Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan. Melalui pentaksiran ini, murid akan menerima maklum balas bagi mempertingkatkan lagi pembelajaran. Selain itu, guru juga akan dapat tahu cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran pelajar. Pentaksiran ini perlu dilakukan supaya guru dapat membantu murid dalam pembelajaran. Guru juga perlu berkongsi matlamat pembelajaran bersama murid supaya mereka tahu tentang perkara yang ingin mereka capai pada waktu tersebut. Guru juga perlu bantu murid untuk faham tentang perkara yang mereka belajar. Kriteria kejayaan digunakan untuk megetahui bahawa pelajar sudah mencapai matlamat atau tidak. Hal ini penting untuk guru mendapat maklum balas daripada murid. Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran 1.    Untuk mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar. 2.     Untuk memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pen

Pengenalan pentaksiran.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas merupakan proses penyampaian ilmu daripada guru kepada murid. Sebagai seorang guru, pentaksiran terhadap murid perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana pentaksiran mampu untuk memberi maklum balas kepada guru tahap kefahaman pelajar tentang sesuatu yang disampaikan. Menurut Azizi (2010), pentaksiran terhadap pembelajaran digunakan untuk mentaksir sama ada murid boleh mengaplikasikan konsep, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan hasil kurikulum. Berikut merupakan jenis pentaksiran dalam pembelajaran i.                     Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning) ii.                   Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as Learning) iii.                 Pentaksiran terhadap pembelajaran (Assessment of Learning) Kesimpulannya, pentaksiran merupakan perkara penting untuk seorang guru melakukannya di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui pent