Langkau ke kandungan utama

Pentaksiran kepada Pembelajaran (Assessment of Learning)

Penilaian kepada pembelajaran adalah penggunaan tugas atau kegiatan untuk mengukur, dan melaporkan tahap pencapaian pelajar berkenaan dengan jangkaan pembelajaran
tertentu. Ini sering dikenali sebagai penilaian summatif. Hal ini dikatakan demikian kerana pentaksiran kepada pembelajaran ini diukur secara keseluruhan subjek.

Guru akan mentaksir pelajar dengan secara peperiksaan. Guru akan menyediakan soalan-soalan tentang semua topik yang diajar bagi sesuatu subjek. Pentaksiran kepada pembelajaran ini menggunakan gred sebagai contoh gred A=cemerlang. Rubrik permarkahan juga digunakan untuk melakukan pentaksiran kepada pembelajaran. Melalui peperiksaan yang dijalankan guru mampu mengasingkan murid-murid melalui markah mereka peroleh. Oleh itu, pelajar akan diberi gred mengikut markah yang murid perolehi. Markah itu berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid untuk menjawab soalan peperiksaan.


Kesimpulannya, guru mampu memberikan penumpuan yang berbeza kepada murid antara yang lemah dan cemerlang. Hal ini dikatakan demikian kerana guru perlu bijak mentaksir pelajar supaya tidak ada pelajar yang tercicir daripada pelajaran.

Berikut merupakan contoh gred permarkahan:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning (AoL))

Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan. Melalui pentaksiran ini, murid akan menerima maklum balas bagi mempertingkatkan lagi pembelajaran. Selain itu, guru juga akan dapat tahu cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran pelajar. Pentaksiran ini perlu dilakukan supaya guru dapat membantu murid dalam pembelajaran. Guru juga perlu berkongsi matlamat pembelajaran bersama murid supaya mereka tahu tentang perkara yang ingin mereka capai pada waktu tersebut. Guru juga perlu bantu murid untuk faham tentang perkara yang mereka belajar. Kriteria kejayaan digunakan untuk megetahui bahawa pelajar sudah mencapai matlamat atau tidak. Hal ini penting untuk guru mendapat maklum balas daripada murid. Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran 1.    Untuk mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar. 2.     Untuk memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pen

Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)

Pentaksiran sebagai pembelajaran ini menggunakan aktiviti atau latihan untuk mengukur keupayaan murid. Namun begitu, pentaksiran sebagai pembelajaran ini dilakukan sendiri oleh murid. Penilaian sendiri dan rakan sebaya membolehkan murid mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada di dalam diri. Tujuan pentaksiran sebagai pembelajaran ialah memberikan pelajar ruang dan meningkatkan autonomi murid untuk memperbaiki diri secara sendiri kerana mereka perlu menetapkan matlamat sendiri dan perkara yang ingin dicapai. Pentaksiran ini boleh dikatakan formatif kerana mengukur sesuatu itu secara terus dan spesifik dalam sesuatu perkara bukannya menilai secara keseluruhan topik. Peranan guru -        Berfungsi sebagai pemudah cara kepada murid. -        Membantu pelajar membina matlamat. Peranan murid. -        Membina objektif atau matlamat sendiri yang ingin dicapai. -        Menggunakan strategi sendiri untuk menguasai sesuatu perkara. -        Menilai pencapaian sendiri.

Instrumen pentaksiran dalam bahasa melayu

Instrumen pentaksiran dalam bahasa melayu Alat yang dibina oleh guru untuk mentaksir strategi pentaksiran berdasarkan objektif pembelajaran murid. Tujuannya adalah untuk -        -  Memungut maklumat yang dapat menggambarkan kemajuan pengajaran dan pembelajaran pada masa itu; -     -  Memantau kemajuan murid ke arah pencapaian hasil pembelajaran  akhir (year-end learning outcome). Alat pentaksiran –      Anekdot –      Portfolio –      Rubrik –      Senarai semak –      Skala –      Soalan Untuk mentaksir pelajar, guru perlulah mempunyai satu rubrik untuk menilai prestasi pelajar dalam aspek yang tertentu. Rubrik Satu set kriteria skor yang digunakan untuk menilai prestasi tugasan pelajar dalam kemahiran: •       Mendengar •       Bertutur •       Membaca •       Manulis Ciri skor rubrik •       Pentaksir (penilai/guru) mampu mentafsirnya dengan baik •       Membantu pentaksir merancang memperbaiki kelemahan pelajar •       Membantu