Pentaksiran sebagai pembelajaran ini menggunakan
aktiviti atau latihan untuk mengukur keupayaan murid. Namun begitu, pentaksiran
sebagai pembelajaran ini dilakukan sendiri oleh murid. Penilaian sendiri dan
rakan sebaya membolehkan murid mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada
di dalam diri. Tujuan pentaksiran sebagai pembelajaran ialah memberikan pelajar
ruang dan meningkatkan autonomi murid untuk memperbaiki diri secara sendiri
kerana mereka perlu menetapkan matlamat sendiri dan perkara yang ingin dicapai.
Pentaksiran ini boleh dikatakan formatif kerana mengukur sesuatu itu secara terus
dan spesifik dalam sesuatu perkara bukannya menilai secara keseluruhan topik.
Peranan guru
- Berfungsi
sebagai pemudah cara kepada murid.
- Membantu
pelajar membina matlamat.
Peranan murid.
- Membina
objektif atau matlamat sendiri yang ingin dicapai.
- Menggunakan
strategi sendiri untuk menguasai sesuatu perkara.
- Menilai
pencapaian sendiri.
Kandungan strategi AAL
- Pentaksiran
kendiri dalam buku log.
- Menulis
refleksi tentang perkara yang perlu mereka ingatkan diri sendiri.
- Perbincangan
lisan antara guru dengan pelajar.
- Menggunakan
senarai semak dan rubrik sebagai penanda aras.
- Menggalakkan
pentaksiran tentang perasaan.
- Lampu
Trafik sendiri iaitu:
o
Hijau = menguasai
o
Kuning = belum menguasai sepenuhnya
o
Merah = tidak faham
Ulasan
Catat Ulasan