Langkau ke kandungan utama

Instrumen pentaksiran dalam bahasa melayu

Instrumen pentaksiran dalam bahasa melayu
Alat yang dibina oleh guru untuk mentaksir strategi pentaksiran berdasarkan objektif pembelajaran murid.

Tujuannya adalah untuk
-       - Memungut maklumat yang dapat menggambarkan kemajuan pengajaran dan pembelajaran pada masa itu;
-    - Memantau kemajuan murid ke arah pencapaian hasil pembelajaran  akhir (year-end learning outcome).

Alat pentaksiran
     Anekdot
     Portfolio
     Rubrik
     Senarai semak
     Skala
     Soalan

Untuk mentaksir pelajar, guru perlulah mempunyai satu rubrik untuk menilai prestasi pelajar dalam aspek yang tertentu.
Rubrik
Satu set kriteria skor yang digunakan untuk menilai prestasi tugasan pelajar dalam kemahiran:
      Mendengar
      Bertutur
      Membaca
      Manulis

Ciri skor rubrik
      Pentaksir (penilai/guru) mampu mentafsirnya dengan baik
      Membantu pentaksir merancang memperbaiki kelemahan pelajar
      Membantu pelajar menilai/menaksir tugasan mereka sendiri
      Membolehkan ibu bapa/orang lain mentaksir matlamat dan keputusan tugasan
      Membantu pentaksir menjadi lebih jitu, adil dan tekal dalam memberi skor

Komponen skor rubrik
      Skor rubrik mengandungi pelbagai komponen. Setiap komponen mengandungi satu atau lebih dimensi prestasi, didefinisikan dan diberi contoh.
   Pengkelasan, pendefinisian dan contohan menghuraikan ciri yang diukur dan diberi skala pengukuran untuk dimensi tersebut
      Secara ideal, semua elemen tugasan mampu diukur dengan rubrik.

Elemen skor rubrik
      Skala rubrik boleh dalam bentuk nombor. Huraian (kualitatif) atau gabungan kedua-duanya.
      Rubrik bentuk kualitatif menggunakan skala dalam bentuk pelaksanaan, contohnya,
     Belum, sedang, sempurna
     Pembaca baharu, perlukan bimbingan, pembaca berdikari, pembaca cemerlang
     Tiada bukti, bukti yang sedikit, ada bukti tapi tidak cukup, bukti yang lengkap

Terdapat 2 jenis rubrik iaitu rubrik analitik dan rubrik holistik.
 Rubrik analitik – rubrik yang mengandungi lebih daripada satu dimensi. Setiap dimensi diperincikan oleh tahap/poin dengan jelas.
      Rubrik holistik – rubrik yang mempunyai hanya satu dimensi.

Skala
    Alat pentaksiran yang mengandungi darjah atau kekerapan sesuatu tingkah laku, kemahiran atau strategi;
      Dalam skala terdapat kriteria pengukuran. Biasanya terdapat 3 atau 4 respons yang berkaitan dengan kualiti atau kekerapan. Contohnya, selalu, kadang-kadang,  sekali sekala, tidak pernah.
      Guru menggunakan skala untuk mentaksir pemerhatian manakala murid menggunakan skala untuk penilaian kendiri;
        Dalam skala, deskripsi perkataan lebih penting daripada nombor.
    Pengertian perkataan  bilangan seperti “kerap”, “kadang-kadang” dan “tidak pernah” lebih objektif berbanding dengan perkataan  adjektif “baik”, “adil”dan “cemerlang”.;

   Lagi objektif (tepat) perkataan yang digunakan lagi tinggi tahap kebolehpercayaan skala tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning (AoL))

Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan. Melalui pentaksiran ini, murid akan menerima maklum balas bagi mempertingkatkan lagi pembelajaran. Selain itu, guru juga akan dapat tahu cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran pelajar. Pentaksiran ini perlu dilakukan supaya guru dapat membantu murid dalam pembelajaran. Guru juga perlu berkongsi matlamat pembelajaran bersama murid supaya mereka tahu tentang perkara yang ingin mereka capai pada waktu tersebut. Guru juga perlu bantu murid untuk faham tentang perkara yang mereka belajar. Kriteria kejayaan digunakan untuk megetahui bahawa pelajar sudah mencapai matlamat atau tidak. Hal ini penting untuk guru mendapat maklum balas daripada murid. Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran 1.    Untuk mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar. 2.     Untuk memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pen

Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)

Pentaksiran sebagai pembelajaran ini menggunakan aktiviti atau latihan untuk mengukur keupayaan murid. Namun begitu, pentaksiran sebagai pembelajaran ini dilakukan sendiri oleh murid. Penilaian sendiri dan rakan sebaya membolehkan murid mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada di dalam diri. Tujuan pentaksiran sebagai pembelajaran ialah memberikan pelajar ruang dan meningkatkan autonomi murid untuk memperbaiki diri secara sendiri kerana mereka perlu menetapkan matlamat sendiri dan perkara yang ingin dicapai. Pentaksiran ini boleh dikatakan formatif kerana mengukur sesuatu itu secara terus dan spesifik dalam sesuatu perkara bukannya menilai secara keseluruhan topik. Peranan guru -        Berfungsi sebagai pemudah cara kepada murid. -        Membantu pelajar membina matlamat. Peranan murid. -        Membina objektif atau matlamat sendiri yang ingin dicapai. -        Menggunakan strategi sendiri untuk menguasai sesuatu perkara. -        Menilai pencapaian sendiri.