Langkau ke kandungan utama

Pentaksiran

Pentaksiran merupakan perkara yang dilakukan oleh seseorang umumnya guru untuk mendapatkan keputusan bagi mengukur tahap pencapaian pelajar.

Langkah-langkah pentaksiran.
         Menetapkan objektif ujian yang akan ditadbirkan
         Menentukan isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji
         Menetapkan taksonomi ujian
         Menggubal Jadual Spesifikasi Ujian
         Menubuhkan alat uji.

Objektif ujian
         Setiap ujian yang ditadbirkan ada objektifnya;
         Objektif ujian akan menentukan:
        Jenis ujian yang akan dibina
         Ujian pencapaian, ujian bakat, ujian diagnostik dan lain-lain.
        Alat uji yang akan digubal
         Item soalan, pemerhatian, senarai semak dan lain-lain.
        Darjah kesukaran ujian

Untuk mentaksir pelajar dengan menggunakan soalan, guru perlulah tahu untuk menggunakan taksonomi bloom. Kemahiran menggunakan aras taksonomi bloom berkait dengan merangka jadual spesifikasi ujian. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU):
         Dibuat dengan tujuan merangka penggubalan soalan ujian
         Perkara yang diambil kira semasa membina JSU iaitu:
        Pemberatan soalan
        Jenis soalan
        Panjang masa ujian
        Jumlah butiran/item
        Aras taksonomi soalan.
         Pemberatan soalan
        Bilangan soalan bagi setiap kandungan dan aras;
        Bergantung pada penekanan dalam p&p dan masa yang diambil untuk mengajarkannya;
        Pembahagian pemberatan dikira berdasarkan peratusan.
         Jenis soalan
        Bergantung kepada matlamat p&p dan aras soalan. Untuk menguji kemahiran mengarang lebih sesuai soalan subjektif. Bagi kemahiran kefahaman atau tatabahasa, soalan objektif dan soalan subjektif boleh digunakan.
         Panjang masa ujian
        Ditentukan oleh jenis ujian dan bilangan soalan.
        Anggaran masa berasaskan andaian 80% pelajar boleh menjawab semua butiran yang dikemukakan.
         Jumlah butiran dalam instrumen
        Mewakili domain yang hendak diuji, sama ada item objektif atau subjektif.
         Aras kesukaran
        Berasaskan tujuan ujian. Jika tujuan ujian untuk memberi sijil atau pangkat, aras kesukarannya harus dapat membezakan antara yang pandai, sederhana dan lemah.
        Biasanya pembahagian aras dibuat seperti yang berikut:


Rajah 1: Lengkuk normal

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning (AoL))

Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan. Melalui pentaksiran ini, murid akan menerima maklum balas bagi mempertingkatkan lagi pembelajaran. Selain itu, guru juga akan dapat tahu cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran pelajar. Pentaksiran ini perlu dilakukan supaya guru dapat membantu murid dalam pembelajaran. Guru juga perlu berkongsi matlamat pembelajaran bersama murid supaya mereka tahu tentang perkara yang ingin mereka capai pada waktu tersebut. Guru juga perlu bantu murid untuk faham tentang perkara yang mereka belajar. Kriteria kejayaan digunakan untuk megetahui bahawa pelajar sudah mencapai matlamat atau tidak. Hal ini penting untuk guru mendapat maklum balas daripada murid. Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran 1.    Untuk mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar. 2.     Untuk memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pen

Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)

Pentaksiran sebagai pembelajaran ini menggunakan aktiviti atau latihan untuk mengukur keupayaan murid. Namun begitu, pentaksiran sebagai pembelajaran ini dilakukan sendiri oleh murid. Penilaian sendiri dan rakan sebaya membolehkan murid mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada di dalam diri. Tujuan pentaksiran sebagai pembelajaran ialah memberikan pelajar ruang dan meningkatkan autonomi murid untuk memperbaiki diri secara sendiri kerana mereka perlu menetapkan matlamat sendiri dan perkara yang ingin dicapai. Pentaksiran ini boleh dikatakan formatif kerana mengukur sesuatu itu secara terus dan spesifik dalam sesuatu perkara bukannya menilai secara keseluruhan topik. Peranan guru -        Berfungsi sebagai pemudah cara kepada murid. -        Membantu pelajar membina matlamat. Peranan murid. -        Membina objektif atau matlamat sendiri yang ingin dicapai. -        Menggunakan strategi sendiri untuk menguasai sesuatu perkara. -        Menilai pencapaian sendiri.

Instrumen pentaksiran dalam bahasa melayu

Instrumen pentaksiran dalam bahasa melayu Alat yang dibina oleh guru untuk mentaksir strategi pentaksiran berdasarkan objektif pembelajaran murid. Tujuannya adalah untuk -        -  Memungut maklumat yang dapat menggambarkan kemajuan pengajaran dan pembelajaran pada masa itu; -     -  Memantau kemajuan murid ke arah pencapaian hasil pembelajaran  akhir (year-end learning outcome). Alat pentaksiran –      Anekdot –      Portfolio –      Rubrik –      Senarai semak –      Skala –      Soalan Untuk mentaksir pelajar, guru perlulah mempunyai satu rubrik untuk menilai prestasi pelajar dalam aspek yang tertentu. Rubrik Satu set kriteria skor yang digunakan untuk menilai prestasi tugasan pelajar dalam kemahiran: •       Mendengar •       Bertutur •       Membaca •       Manulis Ciri skor rubrik •       Pentaksir (penilai/guru) mampu mentafsirnya dengan baik •       Membantu pentaksir merancang memperbaiki kelemahan pelajar •       Membantu